Rancangan Petang di Hot FM Hot_FM

Rancangan Petang Hot FM sering menjadi peneman rakyat Malaysia ketika berada dalam kesesakan lalu lintas. Anda boleh "chilax" dengan lagu-lagu Hit serta segmen menarik dalam Jam Hot (dulu dikenali sebagai Hot FM Jam). Rancangan ini pertama kalinya diterajui oleh dua penyampai yang berdarah Jawa, Kieran & AG dan dikenali sebagai "Jawarangers". Akan tetapi, mereka dipisahkan pada 2010. Sekarang ini, Jam Hot dikendalikan oleh penyampai paling lama di Hot FM, Deen bersama pelawak duo dari kumpulan Titan iaitu Issey dan Ammar. Selepas hal yang berlaku terhadap Ammar dalam rancangan "Sukan Tak Sentral" di TV3 yang menjadi kontroversi, Ammar digantung tugas sebagai pengacara dan penyampai radio.

Penyampai Radio Petang

TahunPenyampai
2006-09AG & Kieran
2010-12Ikhwan, Kieran & Suraya
2013Ikhwan & Kieran
2014Ikhwan, Kieran & Liza
2015 Penggal PertamaIkhwan & Liza
2015 Penggal KeduaDeen, Haziq & Liza
2016-18Ammar, Deen & Issey
2018-19Ammar & Deen
2019Deen & Haziq

Segmen

SegmenTentang Segmen
Ayat Power Jam“Pick Up Line” daripada Deen dan Issey kepada pendengar. Pendengar akan memberikan markah samada “cair” atau “biasa-biasa je”.
Kejohanan Jam HotUji minda dengan  menyenaraikan perkara-perkara berkenaan dengan tajuk yang diberikan. Mereka akan mengumpul markah harian dan pada hujung bulan akan diumumkan siapa pemenang untuk bulan berkenaan.
TopikTopik ringan serta santai yang sesuai semasa pendengar pulang dari pejabat.
Gelak Siapa Tu?Jom teka gelak selebriti manakah itu? Jam Hot akan memainkan tiga gelak oleh tiga selebriti yang berlainan. Anda berpeluang memenangi RM 100 atau wang terkumpul. Setiap hari, Jam Hot akan memberikan klu tentang artis tersebut.

Rujukan

WikiPedia: Hot_FM http://www.bursamalaysia.com/market/listed-compani... //scholar.google.com/scholar?q=%22Hot+FM%22 //www.google.com/search?&q=%22Hot+FM%22+site:news.... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Hot+F... //www.google.com/search?q=%22Hot+FM%22&tbm=nws //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Hot+FM%22+-... http://marketing-interactive.com/news/15812 http://www.hotfm.com.my/ http://www.hotfm.com.my/segmen/hot-fm/geng-pagi-ho... http://www.hotfm.com.my/segmen/hot-fm/jam-hot/